Tuesday, 19 July 2011

Practical On the Way

Sebagai student computer science, dua aspek yang perlu di titik beratkan iaitu pengenalan dan kemahiran dalam pengendalian dan penggunaan hardware and software.

Tempat praktikal adalah di FMZ Net Solutions.FMZ adalah ringkasan bagi nama pengurus itu sendiri iaitu Mohd Fazzle Bin Mohd Zawawi.Lokasinya tidak berapa jauh dari bandar Kota Bharu sekitar 5Km.

Anggaran adalah 11km dari rumah, Taman Uda Murni ---> FMZ Net Solutions


walaupun syarikat ini kecil dan pekerjanya tidaklah ramai,tetapi servis yang ditawarkan oleh  FMZ Net Solutions adalah tip top dan berdasarkan prinsip "fast services".


Di FMZ, student praktikal di latih bagi menyesuaikan diri dengan keadaan suasan kerja dan dilatih dari perkara asas sehingga mahir.Task untuk sepanjang 6 bulan ini boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat : 

Peringkat pertama,student praktikal akan difokuskan kepada hardware di mana student akan didedahkan dengan perkakasan komputer, troubleshoot komputer,maintenance,upgrade komputer.student akan dapat merasai sendiri pengalaman bekerja di luar dan bertemu dengan client.Ini merupakan perkara asas di mana student perlu dan berkemampuan untuk menguasainya.

Peringkat kedua adalah software. student praktikal akan didedahkan dengan software yang berkaitan dan di beri beberapa projek untuk dibuat bergantung kepada kemampuan dr segi develop,upgrade and maintenance,time management dan sekiranya ada prestasi yang bagus ditunjukkan ,beberapa projek lagi akan menyusul.Jika student praktikal tidak mampu,student akan dilatih terlebih dahulu oleh pihak FMZ Net Solutions.

Peringkat ketiga adalah merangkumi untuk pertama dan kedua iaitu Student praktikal  di ajar dan didedahkan untuk how to communicate with client, deal and join a meeting.how to be confident in front of client/customer.

Setakat ini,dh ada 2 projek yg perlu kene buat. Tetapi masih dalam proses planning.kemungkinan bermula selepas raya.


Pada hari pertama,client adalah  syarikat SecureForce cawangan Lundang. di hantar ke sana sebagai technician  untuk troubleshoot dan mengenal pasti punca kerosakan beberapa komputer yang terbabit.

Hari kedua adalah terlibat dalam Program Penyelenggaraan ICT BTPN 2011.

Buat masa ini untuk 2 minggu pertama, task adalah sebagai  technician untuk 16 buah sekolah kerajaan bagi Program Penyelenggaraaan ICT BTPN 2011.Sekolah pertama yang dijalankan adalah Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, Pasir Mas bermula pada hari kedua praktikal.

Walaupun sedikit penat, tepati banyak ilmu yang diperolehi bukan sekadar untuk develop web/software, malah dari segi social skill,time mangement,tanggungjawab.

malam perlu berehat.main DOTA :)



bersambung...

By arsyadazmin with No comments

Thursday, 14 July 2011

*Info* What The Fish!



Sebelum anda menjerit ‘photoshop!’, gambar ini telah di’sahkan sahih oleh para saintis yang telah melihat sendiri anak jerung bermata satu ini.
Anak jerung jenis bull shark yang tidak lagi hidup ini di’keluarkan dari kandungan ibu’nya (sound weird) yang di’tangkap di perairan Mexico.
Bull shark atau nama saintifiknya carcharhinus leucas adalah jenis jerung yang unik kerana mempunyai toleransi tinggi dengan air tawar & ada kes jerung ini mampu naik ke sungai.




Pakar jerung, Felipe Galvan kini dalam usaha untuk mendapatkan baby jerung yang unik ini dari pemiliknya dan sudah menyiapkan manuskrip saintifik berkaitan fenomena ini untuk di’terbitkan.


By arsyadazmin with No comments

*Renungan* Kasih Si Ibu







Inilah kasih SEEKOR ibu? Ape pulak perasaan SEORANG ibu? Tersentuh naluri kewanitaan dan keibuan sy walaupun sy belum berkahwin dan bergelar seorang ibu... semoga kite mendapat iktibar dan sedikit rase kaseh sesama manusia~ Sekian.

By arsyadazmin with No comments

*Info* Kisah si Genius




Beliau memasuki university di usia 4 tahun dan memperolehi Phd diusia 7 tahun. Bekerja dengan NASA di usia 8 tahun dan 10 tahun kemudian berhenti bekerja dan kembali semula ke Korea.

Ramai bertanya kenapa ramai kanak-kanak bijak apabila dewasa mereka gagal? Perkara ini juga berlaku pada beliau sehinggakan media Korea menggelar beliau sebagai "failure genius" kerana sekembalinya beliau dari US ramai yang menjangka yang beliau akan menjadi ‘somebody’ tetapi beliau hanya memilih bekerja di institusi kecil dan bermula semula dari bawah. Dia sendiri pelik kenapa media mengatakan dia gagal sedangkan bagi dirinya dia berjaya dan gembira dengan apa yang beliau ada. 


Kita tidak berkesempatan berjumpa dengan para genius ni dan aku rasa amat baik aku berkongsi kisah si genius ni kerana sebagai parent kita amat excited apabila anak kita bijak, heboh dengan media yang anak kita ini genius tapi kita tidak pernah tahu apa yang tersembunyi di hati kanak-kanak ni. Mereka pun nak jadi kanak-kanak normal, bermain lumpur, mandi air hujan macam kanak-kanak normal lain. 

Kita rasa amat hebat kalau dapat bekerja dengan NASA. Tapi bagi Kim Ung-Yong, 10 tahun di NASA adalah tahun-tahun yang amat sepi tanpa kawan dan keluarga. Hidup seperti robot, kerja…tidur…makan. Yelah, dulu mana ada HP. Twitter atau facebook. 

“I was sick and tired of being the centre of attention again. I felt like a monkey in a zoo,” 

Pendapat jujur dari beliau. Disebabkan tidak suka dengan perhatian yang diberi oleh media sekembali dari US, beliau mengasingkan diri dan ramai yang mengatakan beliau adalah contoh manusia gagal “Failure model”.
Kenapa? Kerana di Korea, beliau bermula semula dari bawah. Beliau mengambil semula sijil, duduk exam middle school dan high school untuk mendapatkan diploma. Semua proses tersebut mengambil masa 2 tahun. Beliau masuk university untuk ijazah dan last sekali Phd. Di usia 7 tahun beliau pemegang Phd in Fizik tapi di Korea beliau mengambil jurusan Kejuruteraan Awam dan sekali lagi sampai Phd. Sekarang beliau berkerja di salah sebuah universiti ternama di Korea. 

Pasti ramai yang akan kata “what a waste”? Bagi beliau, beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau gembira dengan kehidupan beliau sekarang. Kata Kim, “Society should not judge anyone with unilateral standards – everyone has different learning levels, hopes, talents, and dreams and we should respect that.”

Apa pendapat anda? Wasted? Setiap orang berbeza pendapat dari segi berjaya. Ada yang kata, kalau genius mesti jadi “some body” Kereta besar, rumah besar kalau boleh semua besar. Ada sesetengah berpendapat cukup lah apa yang ada janji bahagia. Itu pendapat Kim dan pasti ramai yang bersetuju. 

Jangan lagi ada ayat, "kecil-kecil bukan main lagi bijak, dah besar ni kerja macam tu jer!" atau "Genius tapi hidup porak-peranda"sebab kita sendiri tidak tahu kisah sebenar. Macam tu jugak kalau kita ada anak yang tak berapa cerdik, jangan le kita terus kata dia bodoh...

kredit : yanisnote

By arsyadazmin with No comments

Wednesday, 13 July 2011

*Info* Kerajaan Saudi Akan Bina Menara DUA KALI Lebih Tinggi Dari Menara Burj Khalifa

Keluarga Diraja Saudi telah mengumumkan rancangan untuk membina sebuah menara tertinggi di dunia - yang mempunyai ketinggian luar biasa, setinggi 1 batu. 

Kingdom Tower di Arab Saudi akan mepunyai ketinggian 1.6km (1 batu) selepas siap dan di dalamnya terdiri dari hotel, pejabat, apartmen mewah dan pusat membeli-belah. 

Struktur ini akan dua kali lebih tinggi dari bangunan pencakar langit tertinggi di dunia ketika ini, Khalifa Burj di Dubai, dan LIMA kali dari bangunan tertinggi di Inggeris, The Shard. 



Kingdom Tower akan melepasi langit. Bangunan berharga £12 bilioan ini akan terdiri daripada hotel, pejabat, apartmen mewah dan pusat membeli-belah.

Ia akan memakan masa 12 minit untuk tiba ke puncak bangunan bernilai £ 12 billion ini dengan eskalator. 

Perbelanjaan pembinaan bangunan ini akan dibiayai oleh Kerajaan Saudi milik syarikat Kingdom Holding Company (KHC)- yang merupakan syarikat terbesar di dalam negara.

KHC turut memiliki saham di Apple, McDonald's dan Amazon, telah mengupah syarikat Amerika Adrian Smith + Gordon Gill Architecture yang terlibat dalam pembinaan menara Burj Khalifa. 




Luas: Sebuah model menara yang bernilai £12 billion. Pengunjung boleh sampai ke puncak dengan menggunakan eskalator.
Pakar bangunan tinggi Emaar, yang turut membangunkan Burj, difahamkan telah memenangi kontrak untuk membina Kingdom Tower, yang akan dibina di luar bandar pelabuhan Laut Merah Jeddah sebagai pusat bandar bagi 80,000 penduduk baru. 

Namun pengumuman tersebut telah dikritik dengan seorang ahli perekabentuk yang menggambarkan idea 'menara tinggi'itu sebagai 'sia-sia'. 

Rory Olcayto, wakil editor The Arkitek Journal, berkata: "Perlumbaan untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi adalah sangat sia-sia - di mana anda akan berhenti? 


"Ramai orang Inggeris yang tahu bagaimana melakukan projek-projek ini, menunjukkan betapa pentingnya arkitek Inggeris di pentas dunia. 


"Tapi bangunan ini kehilangan arah, dan ia merupakan simbol dari kaedah berfikir yang kolot. 


"Ini jauh lebih baik untuk melihat sesuatu seperti 3D China Central Television Headquarters di Beijing daripada menaiki menara tinggi." 


Struktur bangunan ini akan dua kali lebih tinggi dari bangunan pencakar langit tertinggi di dunia ketika ini, Burj Khalifa di Dubai. 



Kredit : DailyMail

By arsyadazmin with No comments

*Info* Melihat Ke Dalam Piramid Agung Khufu di Giza, Mesir


Piramid terbesar yang berada di Mesir ialah piramid Khufu (Cheops dalam bahasa Yunani), atau digelar juga sebagai The Great Pyramid. Ia mempunyai keluasan bahagian tapaknya seluas 755 meter persegi, dan dengan ketinggian setinggi 481 kaki (146 meter), ia pernah memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia selama berabad-abad lamanya sehinggalah bangunan Lincoln Cathedral dibina di London pada tahun 1311.

 

Selama bertahun-tahun berada dibawah cuaca ekstrim gurun pasir di Mesir, piramid ini telah kehilangan 33 kaki dari tinggi asalnya (kini 448 kaki). Ia dibina daripada sekitar 88 juta kaki kubik batu-bata pelbagai saiz yang mempunyai saiz sehingga sebesar lori.


Pintu masuk asal piramid ini berada di sisi utara dan koridor ini telah sejajar dengan bintang-bintang circumpolar untuk menjamin keabadian Firaun (mengikut kepercayaan kuno Mesir Purba). Dalam gambar-gambar di bawah ini, anda akan dapat melihat beberapa bahagian dalaman piramid ini antaranya Ruang Queens, kamar Diraja dan makam Firaun. Take a look....

 
West View At Entrance to Workers Shaft
 
Looking Down Into Workers Shaft 

From Bottom Of Grand Gallery 
Toward Subterrarean Chamber
 
Facing West Inside 
The Subterranean Chamber
 
Subterranean Chamber Entrance & Exit
 
Facing South Looking Down
 Into The Decending Passageway
 
Facing South Looking Up 
IntoThe Ascending Passageway
 
Where Ascending Passage And Descending Passage Meet
 
Facing West Inside 
Subterranean Chamber
 
Facing South At Floor Level
 Queen's Chamber Ahead
 
Facing North Inside 
Queens Chamber

 
Facing South Near Top Step 
Of The Grand Gallery
 
Facing South At Last Step 
Into Grand Gallery
 
Facing West Inside The King's 
Chamber and Sarcophagus
King's Sarcophagus



 
 
 
 

kredit : ingatini

By arsyadazmin with No comments

*Info* Menilai Hukum Hudud Dari Segi Saintifik

Hukuman hudud yang dijalankan di Somalia

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(An-Nur:2, al Quranul Karim)

Pandangan Ulama Tafsir

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina. Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam. Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

Perbahasan

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan. Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
  1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
  2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?

Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam dilakukan ke atas pesalah zina yang telah berkahwin

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Hikmah Disebalik Perlaksanaan Hudud

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Virus HIV menguasai T4 Limfosit (merah) untuk menyerang sistem badan

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis. Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.


Imuniti Dan Hikmah Pelaksanaan Hudud

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam. Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal) dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) sama ada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
  1. Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
  2. Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan. Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologi, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

Sumber : Dr. Jamnul Azhar

By arsyadazmin with No comments