Monday, 11 April 2011

*Renungan* Facebook HARAM kepada wanita Jika....



Assalamualaikum,

Facebook adalah laman web sosial yang menjadi kegilaan manusia pada zaman sekarang.Majoriti pengguna facebook adalah golongan wanita.setiap orang mempunyai pelbagai tujuan menggunakan facebook.
Perbuatan wanita yang mempamerkan gambar peribadi mereka yang tidak menutup aurat adalah haram dalam Islam. menutup aurat bukanlah bermaksud sekadar menutup kepala sahaja, malah menampakkan bentuk tubuh badan seperti memakai pakaian ketat dan juga mempamerkan wajah yang boleh menarik perhatian lelaki  amatlah di larang di sisi agama islam.
Tambahan lagi bagi seorang isteri, kecantikan dan kejelitaannya hanya berhak ditatap oleh si suami sahaja. 
Mendedahkan aurat kepada orang yang bukan mahram adalah ditegah oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi melalui laman sosial yang mungkin ditonton oleh jutaan manusia.

Malahan gambar-gambar ini juga boleh dicetak dan boleh disalahguna oleh pihak tertentu. Maksudnya, janganlah hendaknya orang wanita mendedahkan diri mereka kepada sebarang kemudaratan melalui Facebook.

http://4.bp.blogspot.com/_zEX0VniJJbA/S6LuLeeWirI/AAAAAAAACaE/cXQmONqT2_c/s400/facebook_hacked_by_koobface_mk2_virus_xlarge.jpg
Mempamerkan gambar peribadi  dengan pelbagai gaya dan watak dalam keadaan tidak menutup aurat sangat tidak bermoral. Biarpun dengan izin suami mahupun ahli keluarganya, ia tetap haram.

Wanita adalah perhiasan dunia ini, namun sebaik-baik perhiasan ini hendaklah benar-benar beriman dan bertakwa bukan yang tanpa segan silu mendedahkan apa yang disuruh disembunyikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

        " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripadanya memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau baba mereka atau baba mertua mereka atau anak-anak mereka.... " 
 (Surah An-Nur: 31)

Berdasarkan ayat ini jelas bahawa Allah SWT memerintahkan kaum hawa menjaga batasan aurat yang menjadi maruah mereka. Mendedahkan aurat kepada mereka yang bukan mahram adalah haram.

Allah SWT hanya membenarkan kelonggaran aurat dalam batasan ahli keluarga. Ayah yang beriman serta adik beradik yang beriman tidak akan terangsang dengan melihat aurat darah daging sendiri, melainkan yang bernafsu binatang.

Segolongan ulama masih menyarankan agar para wanita itu menjaga batasan aurat mereka biarpun di hadapan ayah, abang dan mahram yang lain. Sebabnya yang demikian demi menjaga kemuliaan dan kesucian seseorang wanita.

Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud:

             " Dan sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita), golongan yang telah lalu sebelum kamu serta nasihat pengajaran bagi orang yang mahu bertakwa." 
(Surah An-Nur: 34)

Sebab itulah di dalam al-Quran, ada suruhan dan tegahan, bagi mereka yang beriman pasti akan bersegera meninggalkan yang ditegah. Bagi mereka yang berkarat hati amat sukar mendapat petunjuk.

Ini kerana al-Quran adalah nur iaitu cahaya, bukan cahaya yang bias dilihat dan dirasa oleh pancaindera manusia, cahaya ini adalah cahaya penyuluh menuju kepada Allah SWT, mendamba keredaan dan tamak kepada cintanya.

Justeru, mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram adalah secara tidak langsung tidak patuh kepada perintah Allah SWT yang menyuruh menutupnya.
 
KREDIT : KHAIRIL

By arsyadazmin with 1 comment

Friday, 8 April 2011

*Info* Rezeki Allah (10 Jenis Makanan Anti Kolesterol)

Penting untuk kita mengawal paras kolestrol dalam badan kita, kerana kolestrol yang tinggi mampu mengundang pelbagai penyakit bahaya. Dan pastinya sekarang ini ramai yang menghidapi penyakit kerana tidak mengawal pemakanan seharian mereka.
Mengurangkan kolestrol bukan bermakna tidak boleh makan langsung bahkan ada makanan yang mampu bertindak untuk mengawal atau mengurangkan paras kolestrol di dalam badan dan antaranya:
1. SOYA

 
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan kacang soya, ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI




Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal @ meminum jusnya, sebenarnya boleh menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.
4.BUAH BUAHAN KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, Limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

5. IKAN TUNA

Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH



Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Terdapat banyak Vitamin C dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS




Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT




Banyak kajian saintifik yang di jalankan, menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.
10. JAMBU BATU

 
 
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.
Sesekali makan lah makanan anti kolestrol walaupun anda bukan sedang berdiet. Makanan makanan seperti ini mampu membantu mencegah penyakit sekiranya kita mengamalkannya.

By arsyadazmin with No comments

*Renungan* Kasih Seorang Ibu


Mungkin anda pernah mendengar kisah ini di mana-mana laman web atau blog. Kisah yang menghayat hati ini berlaku ketika gempa bumi yang kuat melanda Wen Chuan, Si Chuan, China pada 12 Mei 2008 yang mengorbankan hampir 68,000 orang.


Wen Chuan, Si Chuan, China merupakan salah satu daerah yang paling teruk dilanda gempa bumi. Sukarelawan yang bertugas menyelamatkan mangsa pada saat itu menemukan suatu pemandangan yang begitu memilukan.

“Lihat itu, ada seorang wanita di sana”.
Di sebalik runtuhan kelihatan jenazah seorang wanita, dan kelihatan ada sesuatu di bawahnya, seorang bayi.

Ibu itu berada di dalam keadaan berlutut, menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari runtuhan bangunan.

Si anak yang berusia sekitar 3-4 bulan tidak luka sama sekali kerana dilindungi oleh badan ibunya. Malah ketika bayi tersebut dijumpai, dia begitu nyenyak sekali tidur seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku disekelilingnya.

Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya.
Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis:

“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”


Si anak kehilangan ibunya. Tetapi sepanjang hidupnya pasti dia tidak akan dapat lupakan pengorbanan ibunya .




Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.


KREDIT : IZOBLOG

By arsyadazmin with No comments

Wednesday, 6 April 2011

*Renungan* Jutaan AS & Eropah Menangis Lihat Gambar Kisah Cinta Ini

Jutaan AS & Eropah Menangis Lihat Gambar Kisah Cinta Ini

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

DIKATAKAN jutaan rakyat Amerika Syarikat dan Eropah menitiskan air mata melihat gambar-gambar ini.
Kisah seekor burung betina terkapar di bumi dalam keadaan tubuh yang parah..

Pasangan jantannya membawa makanan kepada kekasih betinanya, dengan kasihsayang, terharu dan syahdu.

Abang jantan sedang cuba memberi makan kepadanya, tapi apakan daya diluar kuasanya, tidak lama kemudian kekasih betina itu mati terkulai. Abang jantan sangat terpukul bagir petir membelah bumi, namun dia tetap berusaha menggagahi mengangkatnya.

Abang jantan akhirnya sedar juga, rupanya pasangan yang dicintainya telah mati. Beliau 'menangis' di depan kekasih pujaannya yang telah terkapar kaku, telah pergi mendahuluinya.

Sambil berdiri di samping tubuh kekasihnya yang kaku itu, abang jantan berteriak, menjerit sedih sekuat hati...

Akhirnya abang jantan baru tersedar, yang pergi takkan kembali lagi. Yang dicintainya tetap meninggalkannya, tidak dapat hidup bersama lagi. Beliau berdiri sedih, pilu dengan duka yang mendalam, bagai kaca terhenpas ke batu. Bagai bambu runcing tertancap di dada..


Pasangan burung ini difoto di suatu wilayah di negara Republik Ukraine. Masih ramaikah lagi ada rasa cinta begini di kalangan manusia?

CREDIT  TO IBNU HASYIM

By arsyadazmin with 3 comments

Episode 3 - Multimedia Project



Perlawanan liga juara-juara eropah  antara pasukan Real Madrid menentang pasukan dari England iaitu Tottenham Hotspurs berkesudahan dengan jaringan 4-0 yang berpihak kepada  Real Madrid.

Persembahan yang hambar dari Tottenham dan ditambah pula dengan penyerangnya,Peter Crouch yang dilayangkan kad kuning berturut2 terpaksa keluar padang pada awal minit permainan.

Percubaan demi percubaan dari Real Madrid yang akhirnya membuahkan hasil. Dua jaringan daripada tandukan penyerangnya ,Emanuel Adebayor membolosi gawang gol pihak lawan.gol ketiga hasil daripada sepakan jauh Di Maria dan gol keempat daripada Cristiano Ronaldo.

perlawanan kedua bakal tiba..adakah keajaiban akan berlaku kepada Tottenham ? sama-sama kita saksikan nanti.  :)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Berbalik kepada Projek Multimedia, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk "submit".tajuk yang dipilih adalah "MATERNAL HEALTH" yang bermaksud kesihatan ibu yang melahirkan anak.

jika diukur dari segi elemen multimedia, semua mencukupi.tetapi jika diukur dari segi "interactive" amatlah mengecewakan.

Beberapa sebabnya adalah :


1-Case study yang kurang
2-Kekurangan idea dan terhad
3-Terlalu bergantung kepada contoh-contoh yang sedia ada.









apapun, hanya mengharapkan impaks yang positif dari lecturer..amin...



"BERUSAHALAH SELAGI ANDA MAMPU"

By arsyadazmin with No comments

Sunday, 3 April 2011

Episode 2 - PSM Progress Part 1

Assalamualaikum...


Projek Sarjana Muda....

Al-Arabiyyah Al-Mutakamilah adalah tajuk kedua propose.tajuk pertama adalah
Price Calculation Using Mobile Device. tajuk pertama terpaksa di reject kerana case study yang kurang memuaskan dan pengetahuan dan pemahaman tentang mobile application agak lemah.jadi,tajuk kedua dipilih.Alhamdulillah.PSM1 berjalan lancar dengan cemerlang.


Perjalanan System Al-Arabiyyah Al-Mutakamilah:

Terbahagi kepada 2 Section:

Student Section
Admin Section



PSM 2 secara kasarnya,boleh dikatakan di tahap yang OK walaupun interface nampak simple, tetapi agak memeningkan kepala.
Muka Depan



 Login Page


 
Student Menu



 
 Notes Section



Quiz Section


Administration Section



Jadi, apa jua sekalipun,perjuangan PSM mesti diteruskan.tiada alasan atau sebab untuk mengelak apa tah lagi menjauhkan diri darinya.

bersambung..

"DOING YOUR BEST MEANS NEVER STOP TRYING"

By arsyadazmin with 8 comments

Episode 1 - Pilot

Assalamualaikum..


Blog...Blog...Blog...
Tiada apa yang menarik dalam blog ini.Sekadar ingin mencatat serba sedikit perkara atau benda yang rasanya boleh di letakkan di blog ini.Setelah sekian lama meninggalkan dunia blog,agak kekok sedikit apabila datangnya kembali keinginan untuk meneruskannya.

perkara pertama yang dilakukan tadi setelah pulang dari menonton match Liverpool vs West Ham, adalah format PC.walaupun Liverpool kalah(memang patut pun..main macam apa entah).


clean and clear



sesudah itu,memang menjadi kewajipan lah selepas menonton match EPL, Fantasy EPL secara automatiknya akan dibuka dan hasilnya untuk minggu ini agak kurang memuaskan..

tidak berapa menjadi minggu ini


sesudah itu,terusku menyambung perjuangan PSM yang makin merisaukan..setakat ini,Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar.



"JANGAN GELISAH, TETAPI BERUSAHALAH"

By arsyadazmin with 3 comments