Friday, 8 April 2011

*Renungan* Kasih Seorang Ibu


Mungkin anda pernah mendengar kisah ini di mana-mana laman web atau blog. Kisah yang menghayat hati ini berlaku ketika gempa bumi yang kuat melanda Wen Chuan, Si Chuan, China pada 12 Mei 2008 yang mengorbankan hampir 68,000 orang.


Wen Chuan, Si Chuan, China merupakan salah satu daerah yang paling teruk dilanda gempa bumi. Sukarelawan yang bertugas menyelamatkan mangsa pada saat itu menemukan suatu pemandangan yang begitu memilukan.

“Lihat itu, ada seorang wanita di sana”.
Di sebalik runtuhan kelihatan jenazah seorang wanita, dan kelihatan ada sesuatu di bawahnya, seorang bayi.

Ibu itu berada di dalam keadaan berlutut, menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari runtuhan bangunan.

Si anak yang berusia sekitar 3-4 bulan tidak luka sama sekali kerana dilindungi oleh badan ibunya. Malah ketika bayi tersebut dijumpai, dia begitu nyenyak sekali tidur seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku disekelilingnya.

Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya.
Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis:

“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”


Si anak kehilangan ibunya. Tetapi sepanjang hidupnya pasti dia tidak akan dapat lupakan pengorbanan ibunya .




Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.


KREDIT : IZOBLOG

By arsyadazmin with No comments

0 comments:

Post a Comment