Monday, 11 April 2011

*Renungan* Facebook HARAM kepada wanita Jika....



Assalamualaikum,

Facebook adalah laman web sosial yang menjadi kegilaan manusia pada zaman sekarang.Majoriti pengguna facebook adalah golongan wanita.setiap orang mempunyai pelbagai tujuan menggunakan facebook.
Perbuatan wanita yang mempamerkan gambar peribadi mereka yang tidak menutup aurat adalah haram dalam Islam. menutup aurat bukanlah bermaksud sekadar menutup kepala sahaja, malah menampakkan bentuk tubuh badan seperti memakai pakaian ketat dan juga mempamerkan wajah yang boleh menarik perhatian lelaki  amatlah di larang di sisi agama islam.
Tambahan lagi bagi seorang isteri, kecantikan dan kejelitaannya hanya berhak ditatap oleh si suami sahaja. 
Mendedahkan aurat kepada orang yang bukan mahram adalah ditegah oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi melalui laman sosial yang mungkin ditonton oleh jutaan manusia.

Malahan gambar-gambar ini juga boleh dicetak dan boleh disalahguna oleh pihak tertentu. Maksudnya, janganlah hendaknya orang wanita mendedahkan diri mereka kepada sebarang kemudaratan melalui Facebook.

http://4.bp.blogspot.com/_zEX0VniJJbA/S6LuLeeWirI/AAAAAAAACaE/cXQmONqT2_c/s400/facebook_hacked_by_koobface_mk2_virus_xlarge.jpg
Mempamerkan gambar peribadi  dengan pelbagai gaya dan watak dalam keadaan tidak menutup aurat sangat tidak bermoral. Biarpun dengan izin suami mahupun ahli keluarganya, ia tetap haram.

Wanita adalah perhiasan dunia ini, namun sebaik-baik perhiasan ini hendaklah benar-benar beriman dan bertakwa bukan yang tanpa segan silu mendedahkan apa yang disuruh disembunyikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

        " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripadanya memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau baba mereka atau baba mertua mereka atau anak-anak mereka.... " 
 (Surah An-Nur: 31)

Berdasarkan ayat ini jelas bahawa Allah SWT memerintahkan kaum hawa menjaga batasan aurat yang menjadi maruah mereka. Mendedahkan aurat kepada mereka yang bukan mahram adalah haram.

Allah SWT hanya membenarkan kelonggaran aurat dalam batasan ahli keluarga. Ayah yang beriman serta adik beradik yang beriman tidak akan terangsang dengan melihat aurat darah daging sendiri, melainkan yang bernafsu binatang.

Segolongan ulama masih menyarankan agar para wanita itu menjaga batasan aurat mereka biarpun di hadapan ayah, abang dan mahram yang lain. Sebabnya yang demikian demi menjaga kemuliaan dan kesucian seseorang wanita.

Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud:

             " Dan sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita), golongan yang telah lalu sebelum kamu serta nasihat pengajaran bagi orang yang mahu bertakwa." 
(Surah An-Nur: 34)

Sebab itulah di dalam al-Quran, ada suruhan dan tegahan, bagi mereka yang beriman pasti akan bersegera meninggalkan yang ditegah. Bagi mereka yang berkarat hati amat sukar mendapat petunjuk.

Ini kerana al-Quran adalah nur iaitu cahaya, bukan cahaya yang bias dilihat dan dirasa oleh pancaindera manusia, cahaya ini adalah cahaya penyuluh menuju kepada Allah SWT, mendamba keredaan dan tamak kepada cintanya.

Justeru, mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram adalah secara tidak langsung tidak patuh kepada perintah Allah SWT yang menyuruh menutupnya.
 
KREDIT : KHAIRIL

By arsyadazmin with 1 comment

1 comments:

dah berlambak sekarang ni.

Post a Comment