Friday, 8 July 2011

*Info* Hikayat Cenderawasih

"Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif." 
-Wikipedia


Terdapat pihak tertentu yang mempercayai burung cenderawasih kononnye berasal dari kayangan...malah ia tidak pernah menjejakkan kakinya ke bumi sepanjang hidupnye melainkan untuk mati. Pelbagai cerita mistik dan misteri diceritakan mengenai cenderawasih dan ia disebarkan menerusi lisan sehingge ramai begitu  taksub apabila mendengar keajaiban burung tersebut.
Misteri burung cenderawasih dipercayai mule wujud dalam kepercayaan bangsa melayu selepas diceritekan dalam sebuah kitab kuno Tajul Muluk.nak dijadikan cerita, berpandukan kitab kuno tersebut,satu artikel mengenai keajaiban burung cenderawasih mula tersebar meluas ke seluruh negara,tidak dapat dipastikan siapakah penulis asal artikel tersebut.Akan tetapi, isi kandungan artikel itu  berbunyi seperti berikut :
"Sahibul hikayat diriwayatkan Kitab Tajul Muluk...mengisahkan seekor burung bergelar cenderawasih. Adepun asal usulnye bermule dari kayangan. Amatlah jarang sekali orang memiliki cenderawasih kerane burung ini bukanlah berasal dari bumi. Dinyatakan lagi dalam beberape kitab melayu lama...sekirenye cenderawasih turun ke bumi nescaye berakhirlah hayatnye. Ia akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi."
"Namun yang peliknye cenderawasih tidak reput seperti  bangkai binatang lain kerane ia dikatekan hanya makan embun syurge. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ade yang mati dalam keadaan terbang, istirehat dan tidur."
"Burung ini terkenal di nusantara dengan panggilan cenderasih...bagi masyarakat cina pula...in dipanggil Phoenix dan penduduk eropah mengenalinye sebagai Bird of Paradise."
"Dinyatakan lagi bahawa cenderawasih memiliki pelbagai kelebihan...seluruh badannya termasuk isi perut dan bulunye mempunyai khasiat misteri dan kebanyakanye digunakan untuk perubatan."
"Namun...ramai memburunya kerana 'tuah' cenderawasih digunakan sebagai pelaris. Mengikut mereka yang ditemui memakainye,menyatakan bulu cenderawasih ini pelaris paling besar.Hanye orang yang memilikinye yang akan tahu akan kelebihannya."

Setelah mendengar kisah2 mistik seperti diatas...penyelidik mule melakukan kajian bagi merungkai segala penipuan seperti diatas...selepas beberape lama melakukan kajian...didapati hampir semua dakwaan seperti diatas adalah tipu dan tidak berasas.Dakwaan kononnya cenderawasih berasal dari kayangan dan hanye turun ke dunia untuk mati sebenarnye tidak betul.kerana burung tersebut memang wujud didunia ni...kajian penyelidik mendapati cenderawasih boleh dijumpai dikawasan hutan tropika di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan kepulauan Maluku. Malah kat Taman Burung KL pun ade dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies  Paradise Apoda tahun 2001.
Kajian juge mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeze mengikut beberape ciri.Antaranye saiz dan warna bulunye,spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakale paling kecik 16 sentimeter panjang.
Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerane memiliki warne bulu yang lebih menarik dan kembang,ia juge akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burung betina dalam tempoh mengawan...ia mampu bertelur antara 1 hingga 3 biji sebelum mengeramnya dalam tempoh 14-16 hari.
Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurga juge didapati adalah satu penipuan kerane burung itu hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah.
Dakwaan mengatakan cenderawasih yang mati tidak reput pun satu penipuan juga kerana bangkai haiwan itu didapati diawet sebelum dipamerkan dimane-mane pameran.

Salah satu spesis cenderawasih menjalankan upacara untuk mengawan.

Bangkai burung itu mungkin digunakan dalam amalan sihir untuk dijadikan pelaris,sebab barang bernajis dan haram termasuk bangkai haiwan turut dijadikan antara bahan dalam upacara khurafat tersebut...hakikatnye perniagaan dan usaha itu menjadi laris bukan berpunca dari tuah burung cenderawasih tetapi akibat bantuan jin dan syaitan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

kredit : redfapet, wikipedia, tadius

By arsyadazmin with No comments

0 comments:

Post a Comment