Thursday, 14 July 2011

*Info* Kisah si Genius




Beliau memasuki university di usia 4 tahun dan memperolehi Phd diusia 7 tahun. Bekerja dengan NASA di usia 8 tahun dan 10 tahun kemudian berhenti bekerja dan kembali semula ke Korea.

Ramai bertanya kenapa ramai kanak-kanak bijak apabila dewasa mereka gagal? Perkara ini juga berlaku pada beliau sehinggakan media Korea menggelar beliau sebagai "failure genius" kerana sekembalinya beliau dari US ramai yang menjangka yang beliau akan menjadi ‘somebody’ tetapi beliau hanya memilih bekerja di institusi kecil dan bermula semula dari bawah. Dia sendiri pelik kenapa media mengatakan dia gagal sedangkan bagi dirinya dia berjaya dan gembira dengan apa yang beliau ada. 


Kita tidak berkesempatan berjumpa dengan para genius ni dan aku rasa amat baik aku berkongsi kisah si genius ni kerana sebagai parent kita amat excited apabila anak kita bijak, heboh dengan media yang anak kita ini genius tapi kita tidak pernah tahu apa yang tersembunyi di hati kanak-kanak ni. Mereka pun nak jadi kanak-kanak normal, bermain lumpur, mandi air hujan macam kanak-kanak normal lain. 

Kita rasa amat hebat kalau dapat bekerja dengan NASA. Tapi bagi Kim Ung-Yong, 10 tahun di NASA adalah tahun-tahun yang amat sepi tanpa kawan dan keluarga. Hidup seperti robot, kerja…tidur…makan. Yelah, dulu mana ada HP. Twitter atau facebook. 

“I was sick and tired of being the centre of attention again. I felt like a monkey in a zoo,” 

Pendapat jujur dari beliau. Disebabkan tidak suka dengan perhatian yang diberi oleh media sekembali dari US, beliau mengasingkan diri dan ramai yang mengatakan beliau adalah contoh manusia gagal “Failure model”.
Kenapa? Kerana di Korea, beliau bermula semula dari bawah. Beliau mengambil semula sijil, duduk exam middle school dan high school untuk mendapatkan diploma. Semua proses tersebut mengambil masa 2 tahun. Beliau masuk university untuk ijazah dan last sekali Phd. Di usia 7 tahun beliau pemegang Phd in Fizik tapi di Korea beliau mengambil jurusan Kejuruteraan Awam dan sekali lagi sampai Phd. Sekarang beliau berkerja di salah sebuah universiti ternama di Korea. 

Pasti ramai yang akan kata “what a waste”? Bagi beliau, beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau gembira dengan kehidupan beliau sekarang. Kata Kim, “Society should not judge anyone with unilateral standards – everyone has different learning levels, hopes, talents, and dreams and we should respect that.”

Apa pendapat anda? Wasted? Setiap orang berbeza pendapat dari segi berjaya. Ada yang kata, kalau genius mesti jadi “some body” Kereta besar, rumah besar kalau boleh semua besar. Ada sesetengah berpendapat cukup lah apa yang ada janji bahagia. Itu pendapat Kim dan pasti ramai yang bersetuju. 

Jangan lagi ada ayat, "kecil-kecil bukan main lagi bijak, dah besar ni kerja macam tu jer!" atau "Genius tapi hidup porak-peranda"sebab kita sendiri tidak tahu kisah sebenar. Macam tu jugak kalau kita ada anak yang tak berapa cerdik, jangan le kita terus kata dia bodoh...

kredit : yanisnote

By arsyadazmin with No comments

0 comments:

Post a Comment