Tuesday, 19 July 2011

Practical On the Way

Sebagai student computer science, dua aspek yang perlu di titik beratkan iaitu pengenalan dan kemahiran dalam pengendalian dan penggunaan hardware and software.

Tempat praktikal adalah di FMZ Net Solutions.FMZ adalah ringkasan bagi nama pengurus itu sendiri iaitu Mohd Fazzle Bin Mohd Zawawi.Lokasinya tidak berapa jauh dari bandar Kota Bharu sekitar 5Km.

Anggaran adalah 11km dari rumah, Taman Uda Murni ---> FMZ Net Solutions


walaupun syarikat ini kecil dan pekerjanya tidaklah ramai,tetapi servis yang ditawarkan oleh  FMZ Net Solutions adalah tip top dan berdasarkan prinsip "fast services".


Di FMZ, student praktikal di latih bagi menyesuaikan diri dengan keadaan suasan kerja dan dilatih dari perkara asas sehingga mahir.Task untuk sepanjang 6 bulan ini boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat : 

Peringkat pertama,student praktikal akan difokuskan kepada hardware di mana student akan didedahkan dengan perkakasan komputer, troubleshoot komputer,maintenance,upgrade komputer.student akan dapat merasai sendiri pengalaman bekerja di luar dan bertemu dengan client.Ini merupakan perkara asas di mana student perlu dan berkemampuan untuk menguasainya.

Peringkat kedua adalah software. student praktikal akan didedahkan dengan software yang berkaitan dan di beri beberapa projek untuk dibuat bergantung kepada kemampuan dr segi develop,upgrade and maintenance,time management dan sekiranya ada prestasi yang bagus ditunjukkan ,beberapa projek lagi akan menyusul.Jika student praktikal tidak mampu,student akan dilatih terlebih dahulu oleh pihak FMZ Net Solutions.

Peringkat ketiga adalah merangkumi untuk pertama dan kedua iaitu Student praktikal  di ajar dan didedahkan untuk how to communicate with client, deal and join a meeting.how to be confident in front of client/customer.

Setakat ini,dh ada 2 projek yg perlu kene buat. Tetapi masih dalam proses planning.kemungkinan bermula selepas raya.


Pada hari pertama,client adalah  syarikat SecureForce cawangan Lundang. di hantar ke sana sebagai technician  untuk troubleshoot dan mengenal pasti punca kerosakan beberapa komputer yang terbabit.

Hari kedua adalah terlibat dalam Program Penyelenggaraan ICT BTPN 2011.

Buat masa ini untuk 2 minggu pertama, task adalah sebagai  technician untuk 16 buah sekolah kerajaan bagi Program Penyelenggaraaan ICT BTPN 2011.Sekolah pertama yang dijalankan adalah Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, Pasir Mas bermula pada hari kedua praktikal.

Walaupun sedikit penat, tepati banyak ilmu yang diperolehi bukan sekadar untuk develop web/software, malah dari segi social skill,time mangement,tanggungjawab.

malam perlu berehat.main DOTA :)



bersambung...

By arsyadazmin with No comments

0 comments:

Post a Comment